Friday, November 16, 2012

mengimbau kembali kenangan 1 sen


Syiling 1 sen yang berwarna tembaga ini semakin jarang dapat kita lihat. Mungkin kadang-kadang boleh kita jumpa di kedai runcit atau kedai menjual peralatan telefon, diletakkan sekeping dua di atas meja khas untuk pelanggan menggores kad prabayar telefon.

Nampaknya syiling 1 sen ini dilayan seakan tidak berharga, akan tetapi tahukah mereka sebenarnya hanya syiling 1 sen sahaja yang setakat ini "bernilai" lebih tinggi daripada nilai mukanya. Inilah sebab utama 1 sen diberhentikan pengeluaran selepas didapati kos membuat syiling 1 sen lebih tinggi daripada 1 sen untuk setiap keping.

Masih ingat lagi saya ketika saya di Tingkatan 2, yang pada tika itu saya menjadi Ketua Kelas di mana kelas kami mengambil bahagian dalam pertandingan mengumpul syiling 1 sen. Pertandingan yang dianjurkan oleh sekolah itu hendak melihat kelas manakah yang berjaya mengumpul syiling 1 sen yang paling banyak sekali. Saya yang pada ketika itu sudah menjadi pengumpul suka-suka mempunyai dalam sebalang penuh 1 sen, terus saya memberikan kepada kelas untuk pertandingan itu. Tidak cukup dengan itu, Penolong Ketua Kelas saya pada masa itu, meminta setiap seorang RM2 untuk ditukarkan ke bank kepada 1 sen supaya peluang kami untuk menang semakin kuat. Alhamdulilah kelas kami menang dan kami mendapat hadiah wang tunai RM200. Terima kasih cik Nadhirah :)

Selepas beberapa bulan pertandingan berlalu, pihak sekolah membuat satu arca KLCC menggunakan 1 sen daripada pertandingan itu. Entah berapa banyak syiling error dan DD yang berada dalam arca KLCC itu, mungkin juga ada 1 sen 1970, atau mungkin 1 sen 1976 Kuprum?. Hehe

Adakah anda mempunyai kenangan dengan syiling 1 sen ini? Apa kata kongsikan dengan saya di ruangan komen di bawah. :)

5 comments:

Drifter Herbert said...

lo,sekolah mana yg ada pertandingan ni?sklh sy xde pun><

Lagenda said...

peh.gila banyak syiling 1 sen kawu.
aku ada dalam 7 ringgit lebih syiling ni.
Ada kawan masa di UTM nak jual ke kedai. Tiba-tiba tergerak hati nak beli.

mnfaj said...

Drifter Herbert,
Nanti akan datang jadi lah cikgu, dan organise this kind of competition. :D

mnfaj said...

Lagenda,
Hehe banyak sekejap saja, cepat cepat jual balik. :)
Wah RM7 lebih? nilainya rasa mungkin lebih sedikit daripada RM7 sekarang. hehe simpan untuk kenangan!

Khairul Faeizin said...

1sen aku ngam2 bekas bubur lambuk je..lama gak tu nk kmpul..saja smpn bt kenangan..tup2 muncul plak hobi bru cri coin error..selongkar blik scan dptlh beberapa kping yg aku msih x tau error apa..yg aku confirm ad skeping rotate error 190 darjah..bsok bru nk g tanya anjung numismatik (tuan pnya blog ni kot..hehehe)

Post a Comment