Thursday, November 1, 2012

MALAYSIA 1 sen 1980 DDR

muka depan 1 sen 1980

anak panah menunjukkan gandaan pada SEN dan 1980

juga boleh dilihat gandaan pada bunga raya


        Akhirnya perasaan yang hampir kecewa dan putus asa selepas meneliti 9500 keping 1 sen diubati dengan satu spesimen DDR yang saya jumpa ini. Agak pelik juga saya kenapa hampir 10 ribu keping 1 sen yang saya periksa, tiada satu pun daripada tahun yang sedikit keluarannya - keydate - iatu 1968 dan 1970. Mungkin DDR yang ini tahu saya sedang memburunya. =D

     Analisis percubaan saya untuk syiling ini boleh dibaca melalui entri saya di blog teknikal khusus yang baru saya usahakan.

    Walaupun gandaan ini boleh dilihat dengan agak jelas pada gambar yang saya paparkan di atas, akan tetapi secara langsungnya gandaannya agak sukar untuk dilihat, biarpun dengan mata saya yang sihat ini. Antara petua yang boleh saya kongsi adalah dengan melihat pada angka 0 - jika angka 0 nya nampak seperti macam tidak sempurna, besar kemungkinan ianya adalah syiling DDR ini. Oh ya, sudah tentu penggunaan kanta pembesar amat-amat membantu dan ianya juga mengelak mata anda daripada rosak.

    Seperti biasa ingin lagi saya nasihatkan kepada pengumpul yang ingin memburu syiling ini, pastikan memburu dengan keadaan yang segar, persekitaran yang tenang dan cukup cahaya. Dan satu lagi selepas membelek syiling 1 sen, terus basuh tangan dengan segera kerana mengikut pengalaman saya, debu logam dan kotoran daripada syiling boleh melekat dengan banyak pada tangan kita selepas membelek syiling dalam kuantiti yang banyak.

    Saya pasti blogger depankanta tentu senang hati melihat ada juga adik-beradik syiling beliau dijumpai oleh saya. Baca ulasan 1sen1980DDR beliau di sini. =)

4 comments:

nsdk said...

Salam. Tn. Mnfaj

Tahniah! Nampaknya berbaloi usaha Tuan.. Tetapi hampir sepuluh ribu keping syiling 1 sen...banyak tu terkejut saya.. sempat kira lagi...Nampak sungguh minat Tuan terhadap syiling error begitu mendalammm... Tidak tahu pula saya menilik syiling tanpa menggunakan kanta adalah bahaya. Nampaknya saya kena biasakan diri menggunakannya. Walau apa pun terima kasih dan Tahniah sekali lagi.

depankanta blogspot said...

Salam sdr mnfaj,
Nampaknya demam DDV semakin menjadi-jadi..haha, Tahniah,depankanta mengharapkan mnfaj dulu yg pamirkan DDV 1980 bertujuan untuk menumpang analisis dari tuan..Tahniah juga utk pembukaan blog baru semoga pengumpul syiling E&V dapat jadikan rujukan..
Pengurusan syiling 1 sen perlukan penjagaan yg rapi disemua aspek,perkongsian pengalaman yg dilalui begini sangat dialu-alukan...

Terima kasih banyak2 sdr mnfaj...

mnfaj said...

Salam kembali NSDK,
Hehe bagi kita yang menggemari niche varieti, tentulah berbaloi. Tapi bagi kebanyakkan pengumpul yang lain tentu amat kecewa sekian banyak yang dicari, satu pun tiada bagi tahun yang sedikit keluarannya.

Mengenai penggunaan kanta, saya sendiri pun tak biasa menggunakannya. Ya lah apatah lagi saya begitu berbangga dengan mata saya yang sihat ini, hehe. Tapi nampaknya untuk syiling yang kecil seperti 1 sen dan 5 sen penggunaan kanta adalah perlu untuk menjaga kesihatan mata kita.

Terima kasih kerana berkunjung NSDK. :)

mnfaj said...

Salam kembali depankanta,
Ya lah saya dapati saya semakin menggemari niche DDV ini. Hehe.

Blog baru ini saya khususkan untuk rujukan teknikal ala-ala error-ref.com. Harapnya boleh dimanfaat oleh orang lain nanti.

Mengenai taksiran Pivot kepada pangsi atau paksi, saya yang kurang arif dalam kosakata Bahasa Melayu memang lemah sedikit. Ini pun saya menggunakan perisian Google Translate. Terima kasih depankanta atas teguran, akan saya ubah nanti.

Post a Comment