Wednesday, November 21, 2012

Hanya sekadar 5 sen..


Hari cuti saya isikan masa saya dengan membelek syiling. Hmm kadang difikirkan agak pelik juga diri ini berhibur dengan syiling.

Antara perkara yang seronok tentang kehidupan adalah kehidupan tidak boleh dijangka - bak kata pepatah, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Faktor kejutan - sama ada ianya kejutan yang mengujakan atau kejutan yang mendukacitakan membuatkan perjalanan hidup kita lebih "terisi".

Hendak pula dikaitkan dengan hobi saya ini - kejutan juga muncul dalam saya melayan hobi mengumpul syiling ini. Merujuk kepada di atas, sudah tentu ianya kejutan yang mengujakan Pembaca boleh klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Hanya dengan beberapa puluh keping 5 sen yang saya dapat daripada rakan saya, 6 keping 5 sen seperti di atas berjaya ditarik keluar daripada edaran untuk menginap di dalam tempat yang sepatutnya bagi mereka - album saya. =D

Semakin pengetahuan tentang numismatik bertambah, semakin luas jenis dan kategori koleksi yang boleh dicari dalam syiling edaran. Kebiasaanya pengumpul akan bermula dengan mencari syiling keydate. 6 keping 5 sen di atas adalah kebanyakkan termasuk dalam niche error&variety (E&V).

Perkongsian khusus setiap syiling di bawah akan saya kongsi dalam kiriman akan datang. Ada pembaca yang ingin meneka nama-nama untuk keenam-enam syiling di atas ?

2 comments:

nsdk said...

Salam Tn. Mnfaj,
Nampaknya. banyak hasil buruan...
Nsdk cuba teka ya..
Syiling pertama dari kiri mungkin semasa proses adunan termasuk benda-benda asing seperti minyak dan sebagainya dan apabila syiling diberikan tekanan yang tinggi menjadikan warnanya begitu.

Syiling kedua die clash error di tepi rim.

Syiling ketiga lathe line.

Syiling keempat die crack yang membentuk blob (cud).

Syiling kelima Double Die.

Syiling keenam rolling fold (clipped rim).

Nsdk cuba teka... tak tahu betul ke tidak.

Saya nantikan jawapannya...Terima kasih

afiq nizam said...

Macam mana nak teka?
kerana Nsdk sudah teka...hehe

Post a Comment