Tuesday, November 6, 2012

LAGI 1 SEN 1980 DDR



Spesimen kedua saya untuk 1 sen 1980 DDR. Suka hati saya melihat keadaan syiling ini yang masih dalam gred yang tinggi dengan masih ada kekilatan di kedua-dua belah.

Nampaknya untuk yang sini, ada sedikit kecacatan mirip die gouges pada kawasan sekitar angka 80. Berbeza dengan spesimen pertama saya sebelum ini.

Ramai yang bertanyakan kepada saya apakah yang dimaksudkan dengan DDR, dan apakah yang menarik dan istimewa mengenai syiling ini?



Apa itu DDR?


       "DDR" sebenarnya adalah singkatan daripada perkataan "Doubled Die Reverse". Terma Doubled Die merujuk kepada sejenis varieti syiling di mana acuan yang digunakan untuk mencetak syiling telah mempunyai gandaan pada rekabentuknya. Manakala perkataan reverse pula merujuk kepada di bahagian manakah gandaan berlaku pada syiling. Untuk kes 1 sen 1980 ini, gandaan berlaku pada bahagian belakang (reverse) syiling - lihat anak panah yang berwarna kuning. Klik pada gambar untuk pembesaran.

Apakah yang menarik dan istimewa untuk syiling DDR?


          Fenomena DDR sebenarnya walaupun dikelaskan sebagai varieti, akan tetapi ianya melibatkan ralat - atau error yang berlaku ketika proses pembuatan acuan. Sebagaimana niche koleksi numismatik yang lain, variasi Doubled Die ini biasanya dikumpul oleh pengumpul kerana keunikannya yang menghasilkan gandaan bertindih yang cantik dan juga faktor kejarangannya untuk dijumpai berbanding syiling normal.

        Niche pengumpulan syiling DD begitu hangat di US - di mana ianya terjual dengan harga ribuan USD. Untuk pembaca yang berminat, boleh melayari di sini senarai syiling yang paling berharga di US yang dijumpai di dalam kocek, dan juga info mengenai 1 sen Lincoln 1955 DD - yang sering kali dipanggil "The Mother of All Doubled Die".

    Pengumpul syiling Malaysia bertuah kerana syiling edaran Malaysia mempunyai banyak variasi Doubled Die dan kebanyakannya bertaraf monster.  Untuk melihat variasi DD yang saya jumpai, boleh klik di sini. Saya pasti lebih banyak lagi variasi DD yang masih belum dijumpai di luar sana. Untuk mempelajari mengenai konsep bagaimana DD berlaku, boleh melawat nota yang ditulis oleh blogger depankanta

( info: monster adalah nama panggilan/ nama jolokan yang diberi oleh pengumpul dan pengkaji syiling US kepada variasi DD yang mempunyai gandaan yang ketara).







Perkongsian daripada blogger depankanta dan analisis teknikal saya di sini.

2 comments:

depankanta said...

Salam sdr mnfaj,
Akhirnya dapat juga peminat syiling DD meihat syiling DDR 1 sen 1980 yg bergred tinggi.Depankanta ada dua keping tapi dah uzur dan imej bertindihnya tidak begitu jelas..Syiling copper clad steel spt ini perlu diteliti bintik2 logam yg timbul kerana mungkin juga ianya adalah hasil dari gas yg terperangkap selain dari die gouge.

Syiling2 begini dijangkakan akan diburu oleh peminat DDV hatta diperingkat antarabangsa untuk melengkapkan koleksi mereka..

Tahniah dan terima kasih sdr mnfaj....

mnfaj said...

Salam depankanta.
Spesimen saya ini hanya kebetulan - mungkin nasib saya kali ini agak tinggi. Rezeki syukur. :)

Betul juga tu, kemungkinan titik-titik timbul yang banyak ini adalah daripada error jenis die gouge.

Terima kasih kerana melawat saudara depankanta. :)

Post a Comment