Sunday, December 9, 2012

Syiling Pulau Pinang


Syiling Pulau Pinang adalah antara koleksi yang saya minati. Secara numismatik juga, syiling Pulau Pinang banyak menimbulkan persoalan dan kajian. Antaranya syiling Pulau Pinang adalah merupakan antara sebilangan kecil syiling yang tidak mempunyai cetakan denominasi dan nilai pada syilingnya. Maka, jenisnilai separuh sen, satu sen dan dua sen ditentukan melalui saiznya. Denominasinya juga berbeza mengikut tempat tempaan - sebagai contoh untuk tahun 1810 yang ditempa di Royal Mint, London didenominasikan sebagai pecahan Sen manakala yang ditempa di Kilang di India dinamakan Pice.

Syiling Pulau Pinang walaupun agak sedikit jenisnya, tapi antara jenis koleksi yang mencabar untuk dikumpul. Daripada pelbagai varieti yang ada dari bilangan bunga lili, kepada menaiktaraf syiling ke gred yang lebih tinggi.

Adakah anda seorang pengumpul syiling Pulau Pinang?

2 comments:

Unknown said...

salam Mnfaj

Memang bagi kolektor yang ada mengumpul siri syiling Penang ini ianya akan dapat merasakan kepuasan yang tersendiri kerana syiling Penang ini memang cantik dan mencabar. Syiling Penang ini ada 3 siri yang mesti dikumpulkan, iaitu siri Balemark yang terbahagi kepada varieti dot dan star , siri kedua Lambang Ketenteraan yang mempunyai varieti gelung bunga lily dan siri ketiga yang amat mencabar sekali ialah siri emergency issue iaitu syiling Timah dengan nilai 1sen yang dicetak di Penang sendiri dengan varieti huruf GL Gabenur Lean ,huruf GF Gabenur Farquhar dan A&C Anderson & Clubley James Anderson.
Terima kasih dan teruskan mengumpul.

mnfaj said...

salam Dato',

Ya tak dapat dinafikan syiling Penang ni memang mencabar. Saya dapat mengumpul secara kecil-kecilan sahaja. Dato' tentu ada banyak koleksi yang menarik.

Saya setuju Dato', yang paling sukar dan ekslusif dalam kategori syiling Pulau Pinang ini tentulah kategori syiling timah nya. Sekeping mencecah harga ribuan ringgit. Tak terikut saya.

Terima kasih atas kunjungan dan galakan daripada Dato'. :)

Post a Comment