Saturday, December 15, 2012

1 sen 2006 dengan Die Break..


Selamat berhujung minggu semua! Ada koleksi yang menarik anda kumpul pada minggu ini?

Untuk kiriman kali ni, saya nak berkongsi tentang syiling 1 sen yang baru saya terjumpa dalam segenggam syiling 1 sen yang ada di rumah jiran saya. Rupanya ada sebiji yang mempunyai error jenis Die Break. Agak menarik bagi saya kerana blob yang terhasil berada di tengah tengah dan tidak ada die crack yang mengikutinya. Biasanya die break akan terhasil apabila die crack berlaku secara berlebihan.

Oh ya saya tersalah tulis pada gambar itu, bukan pada obverse, tetapi pada reverse sebenarnya.
Untuk syiling siri Bunga Raya, sebenarnya sisi hadapan (obverse) adalah sisi yang ada gambar rebana, manakala sisi belakang (reverse) adalah sisi yang ada gambar bunga raya seperti dalam gambar di atas.

Nantilah balik daripada lawatan ke kilang mencetak mata wang peringatan di Kuala Kangsar, akan saya perbaiki kiriman ini.

Selamat mengumpul! ;-)



5 comments:

depankanta said...

Salam sdr Mnfaj,
Menarik sekali blob yg tiba2 muncul atas daun bunga raya ini.Biasa kita lihat blob adalah satu bentuk progresif dari die crack tapi berlainan pula dari yg terjadi pada syiling ini.Nak dikatakan cud ianya jauh dari rim,Nak dikatakan die gouge,saiznya tidak menasabah.Apa pun tahniah atas penemuan menarik ini.

SELAMAT BERANGKAT UNTUK LAWATAN KE KILANG SYILING SEMOGA AKAN MEMANTAPKAN LAGI PENGETAHUAN DAN PERKONGSIAN TENTANG NUMISMATIK KHUSUSNYA SYILING MINT ERRORS...HATI-HATI MEMANDU...Salam dan terima kasih...

nsdk said...

Salam Tn. Mnfaj,
Adakah error syiling ini sama dengan 50sen 1990 yang pernah disiarkan dahulu... dengan label die break. Blob pada syiling tersebut juga tidak disertai crack.

Henry said...

Its looking creative and innovative. Nice and great, also nice sharing. Thanks a lot for sharing.

Avantika said...

Amazing blog posted.Thank you for sharing it.

What Are Banknotes Made Of

Clipping Path Service said...

I really like and appreciate your post.Thanks Again. Keep writing.

Post a Comment