Thursday, December 13, 2012

Duit lama negeri terengganu.. pitis malik al adil



Asyik dengan syiling moden sahaja, kali ni saya nak berkongsi koleksi terbaru saya. Syiling seperti dalam gambar di atas adalah syiling Negeri Terengganu.

Pada bahagian depan, tertulis dalam tulisan Jawi perkataan "Malik Al Adil" yang bermaksud "Pemerintah yang Adil", manakala di bahagian belakang kosong sahaja.

Syiling di atas, atau lazimnya dipanggil Pitis oleh masyarakat setempat adalah jenis yang biasa dijumpai. Akan tetapi untuk keadaan seperti yang di atas, bagi saya ini adalah keadaan yang terbaik. Mungkin sama taraf dengan UNC untuk syiling moden.

Lazimnya Kesultanan Melayu pada zaman dahulu menggunakan tiga jenis logam untuk menempa matawang - emas, perak dan timah. Untuk pitis di atas, ianya diperbuat daripada logam timah. Logam timah asalnya berwarna keperakan, akan tetapi apabila terdedah kepada persekitaran, ianya menjadi hitam.

Agaknya apa yang boleh dibeli dengan sekeping pitis di atas pada masa dahulu ya? Mungkin sepinggan nasi bersama lauk mungkin?

9 comments:

Unknown said...

Hi,
Bagus juga mempromosikan duit timah Kesultanan Melayu supaya anak-anak muda dapat tahu akan kemegahan,kegemilangan dan kecemerlangan zaman Kesultanan Melayu dahulu.Ia meliputi kawasan dari Petani-Kedah,Johor hingga Palembang,Jambi,Sg Musi, Tanjung Pinang,Srivijaya di Sumatra.

mnfaj said...

Hi,
Betul tu Mr Dickson. Kekurangan publisiti dan bahan bacaan mengenai duit timah Kesultanan Melayu menyebabkan ramai anak muda sekarang yang tidak tahu kita sebelum dijajah juga mempunyai matawang kita sendiri.

Terharu saya dengan sokongan dari Mr Dickson. :)
Terima kasih.

Unknown said...

Sy ada sekeping duit ni. Tapi dia berbentuk bulat.. ada harga x? Sy jumpa dlm sungai kat hulu terengganu masa pergi memancing.

cat64 said...

dgn sy ade skeping..bentuk bulat.. nk thu detail email.. duron64@gmail.com

cat64 said...

dgn sy ade skeping..bentuk bulat.. nk thu detail email.. duron64@gmail.com

Anonymous said...

Hi mnfdzly...just want to let you know that this number +6017-336 3903 not in use anymore for K.S Koh Collections...kindly delete this number from http://en.numista.com/forum/topic3299.html as soon as possible. Thank you.

Learn Digital Marketing said...

Very interesting blog. A lot of blogs I see these days don't really provide anything that attract others, but I'm most definitely interested in this one. Just thought that I would post and let you know.

Unknown said...

syiling emas ada tak?




ابو مكة 0559099219 said...

شركة غسيل خزانات مع عزل الخزانات
شركة تنظيف مطابخ بالرياض
شركة عزل خزانات بالرياض


شركة كشف تسربات المياه جنوب الرياض
شركة صيانة فلل بالرياض
شركة غسيل وعزل خزانات بالرياض

Post a Comment