Tuesday, December 4, 2012

50 sen 1993 palsu dengan ciri Doubled Die pada Reverse dan Obverse (DDO & DDR)


Syiling 50 sen palsu sememangnya banyak dalam edaran. Baru-baru ini rakan saya telah menemukan sebiji 50 sen palsu bertahun 1993. Dalam kebanyakkan syiling 50 sen palsu, kebanyakkan besar adalah bertahun 2004 dan 2005. Penemuan syiling palsu bertahun 1993 ini menunjukkan kegiatan syiling palsu telah ada seawal tahun 1993 lagi! Ketika ini saya baru sahaja berumur 4 tahun. Hehe.


Nampaknya bahagian reverse syiling ini adalah daripada batch (atau mungkin kilang) yang lain daripada yang dipertontonkan oleh Mr Dickson. Klik sini untuk melihat 50sen1993 palsu beliau.


Bahagian obversenya pula agak kemas buatannya dengan ciri ciri Doubled Die jenis Offset yang amat ketara!



Lettering pada bahagian sisi agak kemas, cuma sedikit tidak tepat, dan tulisannya tidak seragam.


Ciri DD boleh dilihat dengan ketara pada device angka 50. Ianya teranjak ke arah jam 9. Sayang gambar yang saya ambil ketika cahaya kelam ini tak begitu menunjukkan imej keduanya.


Ini pula DD pada bahagian obverse. Imej device teranjak secara offset ke arah jam 12. Bukan sahaja notching dapat dilihat, malah valley daripada dua imej yang terhasil.


Akhir sekali pada bahagian bucu wau. Yang ini tak perlu saya terangkan lah, nanti jadi redundant pula. Saya harap pembaca dapat mengenalpasti ciri ciri Doubled Die pada spesimen syiling palsu saya ini. Alangkah seronoknya jika ciri DD ini ditemui pada syiling 50 sen yang asli. :)

Satu lagi info tambahan, syiling palsu ini dibuat daripada planchet besi. Maka ianya tertarik kepada magnet.

Antara 50 sen palsu yang menarik untuk dikumpul bagi saya adalah 50 sen 1998 palsu dan 50 sen 2005 palsu yang mempunyai ciri DD. Malahan terdapat juga 50 sen palsu dengan full brockage error! Adakah anda pengumpul syiling palsu?

2 comments:

depankanta said...

Salam sdr mnfaj,
Memandangkan ciri2 DD yang terjadi ini adalah pada syiling palsu rasanya kita kena semak semula adakah ianya benar2 DD atau satu fenomena MDD yg hanya terjadi pada syiling palsu.Kalau kita beranggapan syiling ini adalah DD,ertinya Die syiling palsu Malaysia adalah dibuat secara "multiple squeeze"dan ini merupakan proses pembuatan syiling palsu illegal yg paling sempurna pernah dijumpai.(ini adalah maklumat penting bagi numismatik).

Berkaitan tahun tempaan 1993,depankanta berpendapat tidak semestinya syiling ini ditempa pada tahun berkenaan kerana mereka bebas menempa tahun berapa pun pada syiling2 yg dibuat kerana mereka tidak ada peraturan dalam hal ini..Banyak syiling palsu yg tertera tahun 1998 yg ditemui berkeadaan UNC luster kerana ianya baru ditempa.

Tahniah kerana memiliki syiling ini yg merupakan satu bukti syiling Palsu Malaysia dibuat dgn perancangan yg teliti dan hampir sempurna spt syiling tulin...

Terima kasih banyak sdr mnfaj untuk perkongsian menarik ini...

mnfaj said...

Salam saudara depankanta,
Betul juga tu tak terfikir saya, hehe syiling palsu ini mungkin dibuat pada tahun lain. Mungkin sengaja letakkan 1993 untuk mengelirukan pengguna.

Ya saya juga agak teruja melihat ciri DD dalam coin ini. Ini menunjukkan mereka mempunyai teknologi yang mirip teknologi multiple squeeze untuk membuat acuan.

Kini muncul trend baru untuk mengumpul syiling palsu. Bagaimana dengan depankanta.. ada jumpa syiling palsu yang menarik? :)

Terima kasih kerana berkunjung.

Post a Comment