Monday, October 15, 2012

Syiling Johor Lama Keton SS32 BERLUBANG BERBENTUK HATI


Rajah 1: Syiling Keton Johor SS32



       Ketika saya sedang meneliti koleksi syiling keton saya, terpandang saya akan satu spesimen yang bagi saya agak comel ini. Keton yang di atas adalah terdiri daripada jenis heksagonal dengan dot di tengah tengahnya (nombor rujukan SS32 daripada buku The Encylopedia of Coins of Malaysia, Singapore and Brunei 1600 - 1967). Jenis ini adalah jenis yang paling biasa dijumpai.


      Bagi syiling lama seperti ini, adalah normal berlaku ralat ketika proses penempaannya. Lubang yang terdapat pada keton ini adalah berasal daripada ralat penempaan - mungkin acuan tidak cukup panas lantas menyebabkan timah yang dalam keadaan cecair tidak masuk sepenuhnya ke dalam acuan. Mungkin juga terdapat udara yang terperangkap di dalam acuan ketika proses penempaan dilakukan.

    Kebetulan pula bentuk lubang yang terjadi akibat ralat tersebut membentuk seakan lambang hati. Lambang hati sering dikaitkan dengan kasih sayang, cinta dan suka akan sesuatu atau seseorang.

Lambang hati

     Teringat kata-kata guru Sains saya ketika bersekolah dahulu. Kata beliau, " hati yang ikhlas mesti besar sebelah". "Kenapa ya hati yang ikhlas mesti besar sebelah?", aju saya kepada Puan Cheong. Kemudian barulah saya tahu, hasil ajaran beliau, bahawa hati (yang sebenarnya merujuk kepada jantung) secara normalnya besar sebelah kerana perbezaan ketebalan otot yang ada pada jantung. Otot yang lebih tebal diperlukan di sebelah kiri untuk mengepam darah ke seluruh badan kita manakala otot di sebelah kanan lebih nipis kerana hanya diperlukan untuk mengepam darah ke paru-paru.

   Menarik apabila koleksi numismatik boleh dikaitkan dengan pengetahuan dalam bidang lain. Selamat mengumpul dan lukislah hati yang besar sebelah kepada orang yang tersayang pada masa akan datang. From Johor with love!


gambar jantung manusia



1 comments:

depankanta blogspot said...

Salam sdr mnfaj,
Bijak sungguh mnfaj mengaitkan syiling lama Johor dgn jantung manusia...Penulisan begini elok sesekali dibuat bagi memperluaskan pengetahuan dan berkongsi pengalaman yg menarik tentang apa yang kita lalui.
Para pelawat yang biasanya terdiri dari ahli2 dan peminat numismatik tentu tertarik untuk membaca artikel sains yg dikaitkan dgn bidang numismatik spt ini..Angkatan muda spt mnfaj akan suka dgn sesuatu yg berkait dgn Hati sementara generasi lama spt depankanta akan tertarik dgn Jantung!.haha.

Terima kasih sdr mnfaj....

Post a Comment