Sunday, November 11, 2012
lagi 10 sen 2007 ddr monster!
Pencarian yang tak henti-henti akhirnya menemukan saya dengan sebiji lagi 10sen2007 DDR. Boleh dilihat dengan jelas pergandaan yang berlaku pada variti DD ini adalah yang terbesar antara rakan-rakannya.
Ramai antara rakan saya yang pada mulanya tidak perasan apakah yang istimewa dengan syiling ini pada sekali pandang, akan tetapi selepas melihat dengan sedikit teliti, mereka mula mengesyaki yang mata mereka kabur kerana melihat adanya pergandaan pada bahagian kiri muka belakang syiling ini.
Pergandaan pada syiling ini, terutamanya yang paling jelas boleh dilihat pada angka 20 adalah bukan disebabkan dua kali cetak, akan tetapi ianya disebabkan cetakan yang dibuat oleh acuan yang telah mengalami ralat ketika proses pembuatannya.
Spesimen 10sen2007DDR pertama saya.
Labels:
Doubled Die Coin
8 comments:
tahniah penulis..sy merasakan DD merupakan salah satu keistimewaan yang ada pada duit syiling dan amat susah di jumpai. mungkin selepas ini syiling DD akan menjadi lebih berharga pada pengumpul syiling
Salam Tn. Mnfaj,
Nampaknya Tuan telah menguasai ilmu tarik DD macam Tuan Depankanta. Tahniah!
Salam sdr mnfaj,
Demam DDV semakin menjadi2,citarasa pengumpul kita seiring dgn pengumpul antarabangsa yg lebih banyak memburu syiling2 DD.Benar kata sdr saif omar,syiling2 DD dijangka akan meningkat sebaik sahaja syiling2 lama ditarik dari edaran oleh BNM nanti.
Tuah mnfaj belum sampai pada depankanta,nampaknya kena tambah cuti untuk memburu DDR yg kecil molek ni..Betul tu nsdk,mnfaj sudah ambil semua ilmu tarik depankanta,sekarang yg tinggal hanya kanta saja!..haha
Tahniah dan terima kasih mnfaj & semua...
salam mnfaj...
wah...akhirnya berjaya jg mendapatkan DDR 10sen 2007, entah bila giliran sy untuk mendapatkannya. Tahniah sekali lagi.
Saif Omar,
Ya betul tu saya pun berpendapat sebegitu juga. Bukan apa, cabang dalam numismatik ini begitu luas, dan pengumpulan DD adalah salah satu darinya. Sayang sekali teknologi makin meningkat, kemungkinan besar Monster DD sudah tidak ada lagi sebab proses pembuatan acuan sudah bertukar daripada teknik lama Multiple Squeeze kepada Single Squeeze.
Terima kasih kerana melawat. :)
NSDK,
Ilmu tarik saya rasanya masih di tahap amatur, tak boleh lawan depankanta! hehe, terima kasih kerana melawat. :)
depankanta,
Saya juga sependapat dengan depankanta. Berbanyak terima kasih juga kepada depankanta yang turut sama mempromosi DD kepada kita semua. :)
duacongkak,
Hehe mungkin ini rezeki saya, saya yakin akan datang rezeki duacongkak entah entah lebih dari saya. Mudah mudahan. :)
Terima kasih kerana melawat. :D
Post a Comment