Thursday, October 18, 2012

LAGI VARIETI DOUBLED DIE 5 SEN 2009 DDR

doubling pada stigma dan huruf ALA (gambar dari saudara Kuan Seng)

Bagi pengumpul syiling variti Doubled Die, tentu penemuan baru seperti ini amat dinanti-nanti. Kebelakangan ini disebabkan semakin ramai yang mula berminat untuk mengumpul syiling variti Doubled Die, semakin ramai "pemburu" yang bertugas untuk mencari varieti-varieti Doubled Die yang tersorok dalam edaran.

Baru-baru ini rakan facebook saya, saudara Kuan Seng nampaknya bertuah dapat menemui satu lagi variti baru Doubled Die bagi syiling Malaysia. Boleh dilihat daripada gambar di atas, gandaan amat jelas dilihat pada stigma bunga raya di mana notching dan lembah (valley) dapat di lihat di antara gandaan device.

Sayang sekali untuk spesimen ini ianya kemungkinan adalah daripada "later die state doubling" iatu hasil cetakan daripada acuan yang sudah lama digunakan. Harapnya ada spesimen yang terhasil daripada awal cetakan acuan yang mempunyai cetakan yang lebih baik boleh dijumpai.

Gandaan pada syiling varieti ini nampaknya boleh dilihat pada kawasan stigma dan kawasan ke atas stigma menuju ke arah huruf ALA dalam perkataan MALAYSIA. Akan tetapi disebabkan keadaan acuan yang sudah lama, kebanyakan gandaan pada kawasan berdekatan rim ini tidak dapat dilihat dengan lebih jelas akibat diganggu oleh metal flowlines.

Ada sesiapa di sini dah menjumpai variti Doubled Die ini? Mari kongsikan di sini. Tapi awas, membelek syiling 5 sen dalam kuantiti yang banyak boleh menjejaskan kesihatan mata anda. Sentiasa pastikan rehat yang cukup dan belek syiling di tempat yang terang dan selesa. =)

2 comments:

nsdk said...

Salam Tn.Mnfaj,
Wah... nie semualah ni.. Nsdk lemah sikit dengan syiling 5 sen nie sebab tengok syiling comel ni tanpa menggunakan kanta susah sikit..
sebab Nsdk tak biasa guna kanta. Masalahnya kesuntukan masa....

Kalau Nsdk jumpa sepuluh keping nanti boleh kita tukar-tukar ! (he.he..satu pun belum tentu)
Walau apapun terimakasih..

mnfaj said...

Salam kembali NSDK,
Hehe 5 sen memang bagi saya pun adalah denominasi syiling yang paling sukar untuk kita teliti. Sudahlah kecil saiznya, inikan pula hendak diteliti di bahagian stigma. Memang penggunaan kanta pembesar adalah wajib.

Terima kasih berkunjung NSDK. :)

Post a Comment